Tuesday, 22 August 2017

Pengedar Shaklee Paling Aktif COD di Langkawi

Assalammulaikum .. 
Semua dah tahu kan Ziela adalah pengedar Shaklee Langkawi yang sangat aktif. Ziela memberikan khidmat COD atau Cash On Delivery di Pekan Kuah, Air Hangat, Padang Matsirat dan seluruh kawasan Langkawi. 

Ziela mula mengenali Shaklee pada bulan Februari 2015 dan mula aktif berbisnes pada bulan April 2015 . 
Alhamdulillah sejak tu,sedikit sebanyak ramai yang kenal Ziela sebagai pengedar Shaklee Langkawi. 

Ziela mempunyai anak istimewa,disebabkan itu susah untuk Ziela nak bekerja. Jadi Ziela usahakan bekerja dari rumah secara part time sebagai Pengedar Shaklee Langkawi. 

Ziela amat sarankan suri rumah yang tidak bekerja,adik-adik yang masih belajar di kolej daftar dan jadilah pengedar Shaklee. Ziela akan guide sehingga berjaya mencapai income 4 angka seperti Ziela. 

Aktivit Shaklee yang Ziela pernah join :- 








Ziela bukan hanya menjual Shaklee tapi Ziela juga pengguna tegar Shaklee hingga ke hari ni. Alhamdulillah asbab konsisten vitamin, Ziela sekeluarga dapat kesan yang sangat positif dalam meningkatkan tahap kesihatan kami. 

Bagi pengguna Shaklee di Langkawi ataupun yang masih mencari produk kesihatan yang terbaik untuk seisi keluarga,boleh whatsapp Ziela. Ziela akan guide anda sebaik mungkin. 

Bagi yang duduk di Langkawi, Ziela akan COD terus ke depan pintu rumah anda. Manakala bagi yang duduk luar Langkawi, Ziela juga sediakan perkihdmatan pos ke Seluruh Malaysia,Sabah dan Sarawak. 

Jangan segan silu hubungi Ziela di talian berikut :- 
Ziela Razali
0174908995
0193308995
Fb : Nurfarah Ziela
Ig : ziela_shakleelangkawi





Monday, 21 August 2017

Khasiat Delima Merah Untuk Semua

Delima atau Pomegranate berasal dari Iran dan dibawa ke Mekah sebagai salah satu sumber makanan yang penting pada zaman dulu.

Malah dikatakan delima juga dijadikan sebagai  ubat untuk merawat penyakit. Delima mengandungi asam ellagic,antioksidan yang tinggi,asam punicic, sumber vitamin A C E , kalsium,fostor , potasium , zat besi, asam folat, thiamin, riboflavin dan folat. 


Delima merah mempunyai begitu banyak khasiat untuk semua peringkat umur . 

⏺ Antioksidan dalam merangsang sel darah putih dan neutralkan racun
⏺ Membantu pencernaan 
⏺ Bagus untuk ibu hamil yang mengalami anemia
⏺ Lancarkan fungsi jantung dan hati
⏺ anti penuaan dan melambatkan pigmentasi
⏺ Membantu menyembuhkan luka 
⏺ Membantu mengurangkan keguguran rambut
⏺ Bagus untuk pesakit Alzheimer
⏺ Mengurangkan kadar kolestrol
⏺ Menstabilkan tekanan darah tinggi
⏺ Mencegah osteoarthritis
⏺ Mencegah kanser 
⏺Mengurangkan paras gula bagi pesakit diabetes 

Delima bagus diambil begitu saja tanpa campuran pengawet dan gula tambahan untuk mengekalkan sumber vitamin yang ada dalam buah tu sendiri. 

Boleh juga ambil sumber antioksidan dari rangkaian produk Shaklee iaitu Vivix , VitaminE , Carotomax dan Vitamin C. 

Call atau whatsapp Ziela untuk detail lanjut .. 
Ziela Razali
0174908995
0193308995
Fb : Nurfarah Ziela
IG : ziela_shakleelangkawi

Tuesday, 15 August 2017

Cara atasi migrain secara semulajadi

Ramai yang anggap sakit kepala adalah perkara biasa.
Ya,sakit kepala memang biasa. Tapi sakit kepala juga boleh memudaratkan bila kerap dan sakit teruk mencucuk-cucuk. 

Migrain adalah sakit kepala yang amat sama ada di sebelah kiri atau kanan atau keduanya sekali. 



Migrain mungkin disebabkan :- 

*Stress
*Terlalu banyak berfikir 
*Hormon
*Pemakanan
*Genetik 
*Persekitaran yang tidak sihat 

Bawah ni perkongsian dari salah seorang rakan .
Macam mana dia atasi migrain dia yang semakin teruk ... 
_____________________________________________________


Assalamualaikum W.B.T

Nama saya Mizan Adlia binti Mohd Shoib, berasal dari Selangor dan berusia 36 tahun. Saya merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Labuan. Masalah migrain saya memang bermula semasa saya belajar lagi. Akan tetapi tidaklah sekerap mana. 
.

Setiap kali diserang migrain saya hanya makan 1-2 biji panadol sahaja untuk melegakan rasa sakit kepala. Saya juga tidak pernah merujuk kepada doktor berkaitan masalah migrain memandangkan setiap kali diserang sakit kepala, saya sedaya upaya menahan rasa sakit tersebut dan juga hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.
.

Lama kelamaan saya dapati migrain saya semakin kerap menyerang. Saya tidak boleh terlalu sejuk, tidak boleh terlalu panas, keadaan yang terlalu bising juga akan menyebabkan 
migrain saya menyerang. Apatah lagi ketika lapar.
.

Keadaan semakin teruk apabila saya memasuki alam pekerjaan. Saya akan mengalami migrain sehingga berhari-hari walaupun 4-
5 biji panadol saya telan (2 biji sekali ambil dan kebiasaannya dalam tempoh 1 hari). Kadangkala sudah mengambil ubat tahan sakit, migrain saya tetap tidak hilang.
.

Menarik-narik rambut, tidur dalam gelap, tidur dengan air mata, muntah memang itulah situasi biasa yang akan dialami ketika diserang migrain apabila saya merujuk masalah saya kepada doktor, doktor memberikan saya ubat migrain yang dikenali sebagai Caffox dan juga ubat tahan sakit iaitu Ponstan. Saya perlu makan kedua-dua jenis ubat ini kerana jika makan salah satu, migrain saya tidak akan pulih.
.
 
Menurut doktor yang merawat saya perlukan Caffox kerana Caffox akan melancarkan aliran dari ke otak manakala Ponstan sebagai ubat tahan sakit. Tetapi akibat pengambilan Ponstan, saya di serang gastrik yang melampau. Saya perlu makan makanan berat 
secukupnya sebelum dan selepas saya mengambil Ponstan.
.

Setiap kali saya mengambil Caffox di klinik, saya perlu melalui ujian kehamilan terlebih dahulu kerana menurut doktor 
wanita hamil tidak boleh mengambil Caffox.Saya berbincang dengan doktor yang merawat saya supaya dos untuk ubat tahan sakit dikurangkan agar saya tidak terseksa dengan gastrik pula. .
.

Doktor memberikan saya Paracetamol dos lebih rendah dari Ponstan. Akan tetapi lain pula jadinya. Dos yang diberi 
langsung tidak membantu mengurangkan sakit, akibatnya saya dengan sendirinya menambah dos supaya dapat meredakan migrain.
.

Pada tahun 2013 saya mula mencuba Set Migrain Shaklee iaitu Ostematrix dan B Complex. Dua minggu pertama, migrain saya bukan bertambah baik, malah bertambah teruk sakitnya. 
Sehinggakan terdetik difikiran untuk berhenti sahaja dari mengambilkan Set Migrain ni.
.


Pada saya seolah-olah set ini langsung tidak memberi kesan, malah membuatkan migrain saya semakin teruk. Tetapi saya kuatkan hati untuk teruskan set migrain Shaklee dan berazam
untuk menghabiskan sekurang-kurangnya set yang pertama ini.
.

Setelah beberapa minggu barulah saya rasa perubahan positif set migrain ini. Dalam tempoh tersebut saya tidak diserang migrain walaupun sekali. Kemudian saya teruskan set sehingga 
4 bulan (kandungan B Complex untuk 4 bulan) dan Alhamdullah migrain saya semakin berkurangan. Sekarang migrain hanya akan menyerang pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya beberapa hari sebelum period sahaja.
.

Kini saya boleh melakukan apa sahaja tugas tanpa risaukan faktor-faktor yang berkemungkinan akan menyebabkan migrain saya kembali. Sehingga kini saya masih mengamalkan Ostematrix setiap malam. Selain menyembuhkan migrain, Ostematrix juga 
membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki saya (simpul biawak) akibat kekurangan magnesium.
.

Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya, suka saya cadangkan agar mencuba Set Migrain Shaklee yang sangat hebat. Formula dari bahan semulajadi membuatkan saya amat yakin dengan Shaklee kerana dengan Shaklee saya mampu lebih cergas dan bebas melakukan tugas. Itulah Shaklee Effect saya!!

Anda perlukan Set Migrain seperti Mizan? 
Hubungi Ziela untuk tempahan
Ziela Razali
017-490 8995
019-330 8995

Friday, 11 August 2017

Khasiat Daun Pegaga Untuk Wanita

Assalammualaikum .. 
Hai semua. Mesti semua kenal daun pegaga kan? 
Atau ada yang tak kenal macam mana rupa daun pegaga tu? Semua orang tahu daun pegaga amat bagus untuk kesihatan wanita. 

Daun pegaga ada dua jenis . Satu jenis daun lebih kurang bentuk love bewarna hijau muda sedikit,satu lagi daun jenis bulat dan bewarna hijau terang. 
Cuba tengok gambar di bawah ni. 



Pegaga bagus untuk awet muda dan juga menyerikan muka . Amalkan air rebusan daun pegaga dan akar setiap malam untuk mendapatkan kulit muka yang cantik. 

Pegaga juga bagus untuk ibu hamil kerana mengandungi zat besi yang diperlukan untuk bayi. Pegaga mampu meningkatkan sel darah merah. 

Bagi yang peranakan jatuh atau tengah haid,elok amalkan pegaga sebagai ulam setiap hari. Atau boleh juga dimasak gulai atau lemak. 

Kalau muka banyak bintik hitam atau jeragat,elok amalkan bedak sejuk pegaga. Daun pegaga ditumbuk lumat dan dicampur dengan bedak sejuk. Pakai ala-ala masker setiap malam sebelum tidur. 

Malah pegaga juga bagus untuk mengurangkan kolestrol. Juskan pegaga bersama epal hijau dan minum secawan setiap hari. 

Pegaga juga dikatakan bagus untuk peredaran darah dalam tubuh badan kita. 
Ada juga yang kata pegaga bagus untuk tambahkan susu badan,milkbooster gitu .

Sebenarnya banyak lagi khasiat pegaga yang kita belum tahu. InshaAllah anti Ziela kongsi di entry yang lain. 

Terima kasih sudi luangkan masa baca entry Ziela. 
Tolong klik SHARE supaya semua orang dapat manfaat dari entry kali ni. 

Wednesday, 9 August 2017

Tips Banyakkan Susu Badan

Dilema bagi ibu-ibu menyusu bila sampai satu masa susu akan drop. Masa ni baby akan merengek,mengamuk sebab tak cukup menyusu. 

Ziela nak kongsikan beberapa tips yang Ziela sendiri amalkan sepanjang menyusu Qalisya dan Annisa . 


Sentiasa menyusu atau pam bagi ibu bekerja. Sebolehnya menyusu setiap dua jam sekali untuk wujudkan konsep demand dan supply. Bila ada demand(permintaan) barulah ada supply(pengeluaran). Makin kerap demand,makin bertambah la supply. 

Waktu mengepam yang paling terbaik adalah antara 1am hingga 6am.

Makan makanan berkhasiat yang tambah susu. Misalnya sawi,pegaga,susu badam atau ESP,air longan dengan kurma merah,kismis dan kurma,sup lobak putih,air halba. 

Elakkan makanan yang kurangkan susu macam kafein,pedas. Makanan ni kena try dan error,ada setengah jadi milkbooster untuk kita tapi bukan untuk orang lain. 



Elakkan stress atau keletihan yang melampau. Sentiasa pastikan badan sihat,cukup rehat . Sentiasa ingat perkara yang gembira bila menyusu atau mengepam. Stress yang melampau boleh kurangkan susu perlahan-lahan. 

Banyakkan minum air masak. Air masak tau,bukannya air masak ais! air masak amat penting untuk elakkan hidrasi. Ingat baby menyusu badan juga dapat segala nutrient atau khasiat dari apa saja yang ibu makan. 

Mindset amat-amat perlu dititikberatkan. Corak pemikiran kita penting. Sentiasa fikir susu kita banyak,sentiasa fikir kita mampu menyusu sehingga dua tahun,sentiasa fikir anak kita kenyang dengan susu kita. Jangan sesekali fikir susu kita tak cukup. 

Salah satu yang kita boleh amalkan adalah Alfalfa . 
Alfafa bagus untuk dalaman dan juga melancarkan peredaran susu badan. 



Ziela support breastfeeding! 
Jom kita sama-sama usaha untuk memberikan susu yang terbaik untuk anak-anak kita. 

Sebarang belian atau pertanyaan boleh hubungi Ziela :

Ziela Razali
FB : Nurfarah Ziela 
IG : ziela_shakleelangkawi
WhatsApp : www.wasap.com/6017-4908995
Call : 019-3308995

Sunday, 6 August 2017

Manfaat ESP Shaklee

Energizing Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP Shaklee adalah susu soya berprotein tinggi. ESP sesuai untuk umur 15 tahun dan ke atas . 

ESP dihasilkan dari soya NON - GMO iaitu soya yang tidak diubah genetik. Malah soya ni ditanam secara organik untuk mengekalkan nutrient yang terdapat dalam soya. 

Antara manfaat ESP untuk kita adalah :- 
.
💕 ‘MILK BOOSTER’ bagi ibu yang menyusukan anak.

💕 ‘ENERGY BOOSTER’ bagi ibu hamil, menyusukan anak serta mereka yang ingin menurunkan berat badan.

💕 Menganjalkan badan menggeleber ibu lepas bersalin.

💕 Mengembalikan kepejalan otot; membentuk bentuk badan yang cantik.

💕 Membantu ibu yang ingin re-laktasi.

💕 Memperbaiki kesan ‘stretch mark’ & luka cesear selepas bersalin.

💕 Menjadikan kulit anjal, gebu & licin.

💕 Mengekalkan rasa kenyang berpanjangan bagi yg ingin menurunkan berat badan.

💕 Memelihara kestabilan hormon wanita.

💕 Menegang & menganjalkan payudara.

💕 Mengekalkan awet muda.

💕 Baik untuk kesihatan prostat bagi lelaki.

💕 Membaiki pigmentasi kulit - membaiki masalah rambut gugur, beruban & pigmentasi kulit akibat penuaan.

💕 Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan. 

Rasa ESP amat sedap. Rasa ala-ala vanilla dan soya. 

Dapatkan ESP daripada pengedar Shaklee yang sah di seluruh Malaysia. 

Atau boleh hubungi Ziela di talian di bawah :- 

Ziela Razali
ID 1183467
FB : Nurfarah Ziela
IG : ziela_shakleelangkawi
017-4908995


Tuesday, 1 August 2017

Apa Perlu Buat Bila Anak Diserang Sawan?

Sawan semasa demam panas memang menakutkan. Ziela sendiri masih trauma bila Qalisya diserang sawan masa menyusu. Ibu yang tanpa ilmu untuk mengendali sawan,malah pengalaman pertama,PANIK memang menjadi sahabat baik waktu tu. 

Mujur ada jiran sebelah yang bantu. Bila dah stabil baru Ziela bawa Qalisya pi hospital. 

Di hospital,doktor terangkan cara-cara nak handle sawan ni. Bagi yang biasa mungkin rasa mudah,tapi bagi yang baru rasa pengalaman pertama,agak blur sikit. 

Doktor kata yang paling penting,JANGAN PANIK .

Sawan mungkin berlaku bila suhu badan terlalu tinggi. 
Sebab tu kita perlu pantau suhu badan bila demam. 
Suhu badan yang mencecah 40°C ke atas. 

Benda pertama yang perlu kita titikberatkan adalah Termometer. Perlu sentiasa pantau suhu badan anak sama ada selepas jelum @ sebelum jelum. 
Kalau Ziela,setiap sejam Ziela check. Mak trauma dengan sawan sebenarnya. hehe

Kedua,mengiringkan badan ke sebelah kiri untuk mengelakkan anak kita tersedak,tercekik air liur semasa sawan terjadi. 

Pastikan jangan cuba memaksa atau betulkan tubuh badan dia. Takut akan akibatkan kecederaan . 

Jangan pernah masukkan apa-apa dalam mulut dia. Kononnya takut tergigit lidah ke apa ke. 
Takut objek patah dalam mulut dia lagi bahaya. 

Jangan paksa dia makan ubat semasa sawan. 

Catat tempoh berapa minit sawan terjadi dan juga bagaimana keadaan anak semasa sawan. Keadaan badan,mata,suhu sebelum sawan,apa yang dia tengah lakukan sebelum sawan. 

Semua ni doktor akan tanya bila kita bawa anak untuk pemeriksaan selepas dia sedar .  


Doktor pernah kata,ada kemungkinan sawan akan serang kembali bila Qalisya demam. Tapi apa pun,yang PALING PENTING sentiasa kawal suhu badan. Bila perasan anak kita nak demam,sentiasa jelum selama 15 minit sekali jelum. 


JOM TINGKATKAN IMUN ANAK KITA DENGAN NUTRIFERON SHAKLEE

ZIELA RAZALI
017-4908995