Friday, 11 August 2017

Khasiat Daun Pegaga Untuk Wanita

Assalammualaikum .. 
Hai semua. Mesti semua kenal daun pegaga kan? 
Atau ada yang tak kenal macam mana rupa daun pegaga tu? Semua orang tahu daun pegaga amat bagus untuk kesihatan wanita. 

Daun pegaga ada dua jenis . Satu jenis daun lebih kurang bentuk love bewarna hijau muda sedikit,satu lagi daun jenis bulat dan bewarna hijau terang. 
Cuba tengok gambar di bawah ni. 



Pegaga bagus untuk awet muda dan juga menyerikan muka . Amalkan air rebusan daun pegaga dan akar setiap malam untuk mendapatkan kulit muka yang cantik. 

Pegaga juga bagus untuk ibu hamil kerana mengandungi zat besi yang diperlukan untuk bayi. Pegaga mampu meningkatkan sel darah merah. 

Bagi yang peranakan jatuh atau tengah haid,elok amalkan pegaga sebagai ulam setiap hari. Atau boleh juga dimasak gulai atau lemak. 

Kalau muka banyak bintik hitam atau jeragat,elok amalkan bedak sejuk pegaga. Daun pegaga ditumbuk lumat dan dicampur dengan bedak sejuk. Pakai ala-ala masker setiap malam sebelum tidur. 

Malah pegaga juga bagus untuk mengurangkan kolestrol. Juskan pegaga bersama epal hijau dan minum secawan setiap hari. 

Pegaga juga dikatakan bagus untuk peredaran darah dalam tubuh badan kita. 
Ada juga yang kata pegaga bagus untuk tambahkan susu badan,milkbooster gitu .

Sebenarnya banyak lagi khasiat pegaga yang kita belum tahu. InshaAllah anti Ziela kongsi di entry yang lain. 

Terima kasih sudi luangkan masa baca entry Ziela. 
Tolong klik SHARE supaya semua orang dapat manfaat dari entry kali ni.